Friday, December 7, 2007

Kepada Cikgu Suzana

Kepada Cikgu Suzana,

Dah lama tak bertutur dalam BM, kekok sikit. Rase semacam aje..pelik. Ade perkataan yang tak dapat diperkata, macam nak "replace" dengan BI. Maaf ya~

Dah setahun. SPM tahun ni dah berlalu, Wan teringat detik-detik getir semasa menghadapi peperiksaan tahun-tahun lepas. Tempat ini merupakan tempatku berteduh. Adelah.. kenangan-kenangan manis kat sana. =)

Baru-baru ni, mungkin sebab tekanan dan terpaksa bersengkang mata setiap malam. Ada kalanya Wan mengangis. Entah kenape, mungkin sebab dah lama tangisan tergenang kat kelopak mata. Haha, macam budak kecil aje..

Kebelakangan ni, Wan dah belajar banyak perkara. Cikgu tau tak, ade perkara yang kita tak dapat capai walaupun berusaha sungguh-sungguh. Tapi kite tidak putus asa kan? Realiti tidak seperti yang kite jangkakan, ia amat menakutkan.

Wan rindu tersangat kat cikgu-cikgu kat sana. Teringin nak jumpa Cikgu Jaabar sangat, sedih bila terdengar cikgu dah bertolak ke New Zealand semalam. Setiap kali bila Wan hadapi masalah dengan pelajaran, kotak fikiran Wan akan melayar kembali ke masa dahulu. (terlupa pulak perkataan "vulnerable" dalam BM..)

Memang gembira bila jumpa dengan cikgu hari ni. Riak wajah cikgu yang memancarkan kegembiraan telah menenangkan hatiku. Terima kasih cikgu..

Wan janji akan berusaha bersungguh-sungguh, takkan menangis macam budak kecil lagi. Wan akan menjadi tabah. Terima kasih cikgu!!

Kasih daripada Wan

2 comments:

Anonymous said...

>.<
don feel like tat k??
so nice tat u hav such a nice teacher 2 guide u...
b strong o....

Val said...

=)